Pages

Wednesday, April 20, 2011



CANTIKNYA WANITA

"Diciptakan wanita itu, lembut fitrahnya…
Halus kulitnya, manis tuturnya…
Telus hatinya membisik di jiwa…
Bukanlah wanita itu lemah…
Bukanlah wanita itu sering bertemankan…
Tangis dan sendu….

Tetapi disitulah tersimpan kekuatannya..
Menjadi “izzah” yang paling gah..
Malah lebih gah dari keegoaan seorang lelaki..
Lembut wanita bukanlah lemahnya…
Tapi lembut wanita kerana itu senjatanya…
Wanita yang beriman lebih tinggi martabatnya…
Dan wanita yang soleh itu…
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh…

Bukanlah fitnah kiranya ar-Rijaal dan an-Nisa’
Sama-sama mejaga kehormatan mereka…
Al-Haya’ itu wujud dalam diri setiap insan…
Wujudnya ia seiring dengan nafas insani..
Kerana Al-Haya’ itulah pakaian iman setiap wanita…
Indahnya Al-Haya’…tercipta sebagai pembeteng diri…
Leburnya Al-Haya’, runtuhlah imannya…

Diciptakan wanita ibarat sebiji epal…
Epal yang tidak berkualiti…
Mudah dicari…kerana berguguran di tanah…
Tetapi epal yang tak mampu dicapai…
Epal yang berada di puncak..
Susah dipetik,susah digapai..

Diciptakan wanita itu indah budi pekertinya….
Dari rusuk si lelaki…
bukan dari kaki untuk dialasi…
Bukan dari kepala untuk dijunjung…
Tetapi dekat dibahu untuk dilindung..
Dekat juga di hati untuk dikasihi..
Indahnya wanita seindah mutiara kasih.

Monday, April 4, 2011

KECANTIKAN MUSLIMAH YANG HAKIKI...

Setiap kecantikan bagi seseorang individu datangnya daripada Allah Ta'ala.Tetapi ingatlah kecantikan paras rupa,indahnya pipi bak pauh dilayang,bibir merah umpama delima merekah,hidung yang mancung bagai seludang akan musnah jua akhirnya andai tidak dihiasi peribadi dirinya dengan cahaya keimanan dan Islam.


Thursday, March 24, 2011


Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri.

Wallahualam...

Tuesday, March 22, 2011

Whatsapp. Fruit Ninja. Cut The Rope. Tap Tap Revenge. Angry Birds. FaceTime. Wow! I can't wait to get my hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4. All you need is to upgrade your phone line! Get yours today!

Whatsapp. Fruit Ninja. Cut The Rope. Tap Tap Revenge. Angry Birds. FaceTime. Wow! I can't wait to get my hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4. All you need is to upgrade your phone line! Get yours today!
BLOG????????
Emmmmmmmm....aku pn x sangka aku akan ada blog...ape2 pn...jika ada silap dan salah dari segi kata-kata dan maklumat yang aku postkan kat korang, harap dimaafkan dan diperbetulkan....

thanks k....
7C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri....

7C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani
cubalah [cabar suami cari perempuan lain! JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

C2. CABUL

perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti
keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin
kadang2 terlepas cakap.....

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami
pula di opis dok nampak yg comel2 aje... Ade isteri kata - mekap untuk
suami,.. tapi kat rumah tak mekap pun...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon
suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami
balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak
cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga
anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya..... Berpelajaran
tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa &
lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan
sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu...

P/S : Apa yang dipaparkan tidak semestinya betul...hanya sebagai bacaan semata-mata...apa yang baik jadikan pengajaran dan yang buruk tinggalkan...Wallahualam...